BERITA MIPSA : MALAM PERASMIAN MIPSA

Wednesday, May 25, 2011

Pada 9 Mei 2011, pihak Kor-Suksis Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menjalankan Majlis Makan Malam Kor-Suksis Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2010/2011 bagi meraikan skuad  tahun akhir iaitu skuad 2008 yang akan ditauliahkan nanti. Pada majlis makan malam tersebut, Misi Pembangunan Sosial Antarabangsa - Ho Chi Minh 2011 (MIPSA) telah dirasmikan oleh Tuan Shazool Hazimin iaitu selaku Ketua Pusat Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan menyerahkan bendera UniSZA kepada beliau. Selain itu, team MIPSA telah mempersembahkan tarian zapin dan joget inang bagi memeriahkan Majlis Makan Malam tersebut. Malah, persembahan kompang turut dipersembahkan pada malam tersebut. Persembahan ini adalah untuk  persediaan persembahan kebudayaan di Vietnam nanti.

Team MIPSA yang terlibat dengan persembahan kebudayaan telah berlatih dengan giat dan bersungguh-sungguh demi mempersembahkan persembahan yang terbaik pada malam tersebut. Untuk tarian zapin dan jogent inang para penari MIPSA telah dilatih oleh jurulatih UniSZA sendiri yang berpengalaman di dalam bidang tarian. Untuk persembahan kompang pula, ianya telah dilatih oleh Encik Syafiq iaitu selaku pengarah program MIPSA ini sendiri. Tahniah diucapkan kepada semua team MIPSA yang terlibat dengan persembahan kebudayaan pada malam tersebut kerana mempersembahkan persembahan masing-masing dengan begitu baik sekali. Semoga dapat memberi persembahan terbaik di Vietnam nanti.

0 KOMEN:

Post a Comment