Paluan Kompang: MUNCUL DI VIETNAM

Tuesday, March 22, 2011


Sempena persedian persembahan kebudayaan di Vietnam team MIPSA telah berlatih menari pada setiap hari rabu pada pukul 8 malam hingga 10.30 malam di Pusat Kebudayaan UniSZA. Selain itu seramai 6 orang team MIPSA telah terpilih untuk berlatih kompang untuk menjayakan latihan kebudayan tersebut, latihan kompang ini telah dilatih oleh jurulatih Kor-Suksis UniSZA sendiri.
Berikut adalah serba sedikit tenang asal usul kompang. Kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.



Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan, kumpulan kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya masing-masing. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Selamat berlatih kepada semua yang terlibat

1 KOMEN:

Anonymous at: April 7, 2011 at 11:19 PM said...

bukan senang nk hasilkan paluan kompang yg sedap didengar..best of luck pada team kompang mipsa :)

Post a Comment