KOR-SUKSIS UniSZA

Baca Lagi >>

Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA )  yang didahulu dikenali sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dan Universiti Darul Iman Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006 dibawah Akta Kolej Dan Universiti 1971 dibawah kawal selia oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Objektif penubuhan UniSZA adalah untuk mengadakan , memaju dan serta mengembangkan pelajar pengajian tinggi dalam berbagai bidang termasuk peningkatan instruman Kokurikulum.


Selaras dengan objektif penubuhannya, pengurusan UniSZA telah menubuhkan Kor-Sukarelawan Polis Siswa/Siswi ( SUKSIS ) diatas hasil cetusan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Hj.Ahmad Badawi yang juga merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Semasa lawatan beliau ke university Utara Malaysia ( UUM ) sintok Kedah pada 04 Februari 1999 ketika itu beliau menyarankan supaya diwujudkan satu pasukan beruniform ‘ ALA POLIS ‘ saperti PALAPES sebagai pemangkin kepada membentuk sahsiah dan pembangunan siswazah bakal pelapis pemimpin akan datang yang berpengetahuan dalam bidang kepolisan serta menguatkuasakan undang-undang dan keselamatan Negara.


Jesteru sebagai langkah proaktif, Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) telah membuat perbincangan  dan beberapa siri perjumpaan dengan pihak PDRM dan akhirnya telah bersetuju mewujudkan Kor SUKSIS di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA ) pada Julai 2007. 


Penubuhan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi ( SUKSIS ) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah cetusan Naib Censelor Dato’ Prof. Dr. Alias bin Daud untuk menambah  salah satu instrument dalam kokurikulum pelajar di IPTA disamping dapat membentuk sahsiah pembanguan mahasiswa/mahasiswi sebagai pelapis pemimpin hadapan yang mempunyai displin diri yang tinggi dengan mengwujudkan semangat patrotik, jati diri dan nilai murni dikalangan siswa/siswi . Sehingga kini Kor SUKSIs Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) mempunyai  kekuatan 3 platon lelaki dan 3 platon wanita dengan jumlah  keseluruhan 6 platon 190 anggota.

Baca Lagi >>