VISI & MISI

Baca Lagi >>

VISI

Misi Pembangunan Sosial Antarabangsa Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Sultan Zainal Abidin satu program yang diperkenalkan untuk pembangunan sosial di kalangan mahasiswa di peringkat global. Sekaligus, satu proses pemantapan diri mahasiswa.


MISI

Mengenali kepelbagaian budaya di peringkat antarabangsa selaras dengan misi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berhasrat melahirkan mahasiswa/i yang menghargai kepelbagaian untuk menafaat manusiawi.

Memenuhi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mencapai visi dan misinya melalui tujuh teras utama yanga antara salah satunya mempergiat pengantarabangsaan.

Mengeratkan hubungan dengan masyarakat islam Vitenam bertujuan mempromosi dan memperkenalkan sistem pendidikan yang dilaksanakan di UniSZA ke peringkat global seterusnya mengangkat martabat UniSZA di arena antarabangsa serta memperkenalkan budaya 1MALAYSIA.

Mengeratkan hubungan di antara anggota Kor-Suksis UniSZA dengan barisan kepimpinan mahasiswa luar negara dan masyarakat setempat dengan memberikan khidmat bakti sekaligus membudaya pertukaran minda aras tinggi di peringkat antarabangsa.

Menyingkap tirai ilmu daripada kepelbagaian perspektif yang berada di seantero dunia untuk diimplementasikan kepada masyarakat setempat bertepatan dengan aspirasi UniSZA iaitu 
"Ilmu Demi Faedah Insan"
    Baca Lagi >>