BERITA MIPSA : BENGKEL KESIHATAN

Wednesday, May 25, 2011
Pada 12 Mei 2011, team MIPSA telah menjalani bengkel kesihatan bertempat di Pusat Kesihatan UniSZA. Bengkel tersebut dijalankan pada pukul 9 pagi yang disampaikan oleh Dr Amin sebagai salah satu persediaan untuk menjalankan program MIPSA pada hari sebenar ,19 Mei sehingga 28 Mei 2011 nanti.. Bengkel ini merupakan salah satu daripada aktiviti khidmat masyarakat yang akan dijalankan oleh MIPSA di perkampungan Islam yang terpilih sekitar bandar Ho Chi Minh kelak. Malahan, bengkel tersebut akan didemonstrasikan oleh 30 anggota MIPSA sendiri dan dipantau oleh Dr. Amin dan dibantu oleh Saleha Binti Yaakub, jururawat dari Pusat Kesihatan UniSZA. 
Aksi melakukan CPR


Dr Amin

Antara prosedur untuk menghadapi situasi kecemasan yang ditunjuk ajar adalah “Basic Life Support”  iaitu kaedah yang lebih dikenali dengan singkatan BLS ini merupakan teori dan kemahiran praktikal yang dipelajari bagi menyelamatkan mangsa “cardiorespiratory arrest” atau mati mengejut tanpa menggunakan sebarang peralatan tertentu. Melalui bengkel kesihatan ini, ia akan memudahkan team MIPSA untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Vietnam nanti. Malah, ilmu ini dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

0 KOMEN:

Post a Comment