BERITA MIPSA : LANGKAH PERMULAAN MISI

Wednesday, May 25, 2011


            Pada 19 Mei 2011, team MIPSA iaitu seramai 30 orang anggota Kor-Suksis UniSZA, 3 orang jurulatih, 2 orang pegawai dan 3 orang staf UniSZA telah berlepas ke Ho Chi Minh City, Vietnam tepat jam 8.20 petang waktu Malaysia. Dengan menggunakan Vietnam Airline penerbangan dari Malaysia ke Ho Chi Minh City, Vietnam mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Pada penerbangan tersebut, para team MIPSA telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran untuk sampai ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Segala pengalaman yang dilalui akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh setiap team MIPSA. Jadi dengan tibanya team MIPSA di Vietnam maka akan bermulalah Misi Pembangunan Sosial Antarabangsa ke Vietnam.



0 KOMEN:

Post a Comment