BERITA MIPSA: The Blind Association

Tuesday, September 6, 2011
                Pada 25 Mei 2011, Team MIPSA telah melawat ke sebuah sekolah yang menempatkan orang-orang buta. Sekolah tersebut diberi nama “The Blind Association” yang terletak di  Ho Chi Minh City, Vietnam. Di sekolah tersebut, terdapat pelbagai golongan tidak kira muda atau tua.


Setibanya kami di sana, kami telah dirai oleh pihak mereka dengan berbalas persembahan iaitu persembahan dari team MIPSA dan persembahan orang-orang buta di sana. Wakil dari team MIPSA telah menanyikan lagu-lagu tradisonal dan tidak lupa persembahan kompang turut dipersembahkan. Kami juga turut melawat keseluruhan persekitaran sekolah orang-orang buta seperti tempat tinggal,kelas dan sebagainya.

Selain itu juga, team MIPSA telah menghulurkan bantuan makanan kepada sekolah orang- orang buta juga. Antaranya ialah seperti beras,susu dan gula. Lawatan ke sekolah tersebut telah memberi kesedaran yang mendalam terutamanya erti kesyukran dengan nikmat mata yang diberi. Semoga lawatan kali ini dapat memberi kesedaran dan iktibar kepada semua team MIPSA.
           

0 KOMEN:

Post a Comment