MIPSA

Baca Lagi >>




MISI PEMBANGUNAN SOSIAL ANTARABANGSA (MIPSA) KOR-SUKSIS UniSZA - HO CHI MINH 2011 adalah merupakan satu program pengantarabangsaan yang dijalankan di Ho Chi Minh, Vietnam anjuran Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). MIPSA yang akan diadakan selama 10 Hari dengan pelbagai aktiviti yang memberi pendedahan kepada peserta delegasi yang meliputi pelbagai aspek. Program ini menekankan 2 TERAS utama aktiviti  iaitu mengadakan servis sosial komuniti dan perkongsian ilmiah di peringkat antarabangsa.

Menjadi kepentingan bagi golongan mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk servis sosial komuniti di peringkat antarabangasa. Hal demikian, golongan mahasiswa akan diberi pendedahan tentang gaya hidup, kebudayaan, warisan kehidupan masyarakat luar. Pada masa yang sama, ini menampakkan golongan mahasiswa yang mempunyai nilai-nilai modal insan.

Sejajar dengan moto universiti “Ilmu Demi Faedah Insan”, MIPSA turut mengadakan perkongsian ilmiah di peringkat global iaitu di institute pengajian tinggi di Ho Chi Minh. Perkongsian antara dua negara ini mampu memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa dengan ilmu pengetahuan. Sekaligus, membentuk pemikiran dinamik dikalangan mahasiswa.

MIPSA dengan bertemakan “Mahasiswa Berpersonaliti Merentasi Global” mengetengahkan personaliti mahasiswa ini ke peringkat antarabangsa agar menjadi contoh bagi kalangan intelektual. Personaliti seorang yang seimbang dalam semua aspek bagi pembinaan modal insan menjadi entiti penting objetif program ini. 
Baca Lagi >>