CAR WASH "Mencuci Sambil Menderma"

Tuesday, March 1, 2011
Pada tanggal 17 Februari 2011, peserta-peserta delegasi Misi Pembangunan Sosial Antarabangsa (MIPSA) Kor-Suksis UniSZA  telah menjalankan satu program “Car Wash” di sekitar perkarangan Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) UniSZA. Program ini telah berlangsung dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Seramai 30 orang team MIPSA telah ditugaskan untuk menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan dan tidak lupa pada anggota-anggota Kor-Suksis yang lain turut membantu sepanjang program ini berlangsung. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapat kutipan derma bagi masyarakat islam di Vietnam, bertepatan dengan tema program ini iaitu “mencuci sambil menderma”.



Program “Car Wash” ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh staf-staf dan pelajar-pelajar UniSZA. Ini kerana harga yang ditetapkan oleh team MIPSA sangat murah dan berbaloi  iaitu bagi kereta RM10 dan bagi motosikal RM 5. Program ini sangat bermanfaat kepada semua yang terlibat kerana pelbagai pengalaman yang boleh dikumpul dan boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Di samping itu juga team MIPSA dapat membuat amal secara tidak langsung iaitu mencuci kereta sambil menderma dan apa yang penting kerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.


1 KOMEN:

{ Amin Mustapha } at: March 2, 2011 at 10:22 PM said...

cuci jgn x cuci..

Post a Comment