BERITA MIPSA : CAR WASH SAMBIL MENDERMA KEMBALI LAGI!!

Wednesday, May 11, 2011

Setelah berjaya mendapat tempat di hati warga UniSZA, Team MIPSA sekali lagi menganjurkan “ Car Wash sambil Menderma” iaitu pada 31 Mac 2011 dari pukul 7 pagi hingga 5 petang. Dengan kerjasama Kor Suksis UniSZA dan Pusat Kokurikulum UniSZA. Seramai 30 orang warga MIPSA terlibat dalam program ini. Seperti sebelumnya, kupon-kupon di edarkan sebulan lebih awal bagi menarik perhatian warga UniSZA. Sambutan daripada warga UniSZA amat menggalakkan walaupun keadaan cuaca  yang hujan serta tidak menentu dan banjir, namun hasil kutipan derma amat membanggakan.
Harga yang ditawarkan masih lagi RM 5 untuk motorsikal dan RM 10 untuk kereta. Harga ini masih lagi di anggap relevan kerana tema car wash pada kali ini lebih menekankan aspek kebersihan dan kepuasan hati pelanggan. Sistem yang kami laksanakan kali ini lebih efektif, teratur dan di senangi oleh kami sendiri dan pelanggan. Setiap anggota MIPSA di beri tugasan yang lebih spesifik mengikut kelapangan masa.
 Anggota MIPSA akan bekerja secara bergilir-gilir mengikut shif yang diberi supaya dapat memberi peluang rakan anggota MIPSA yang lain untuk menjalankan tugasan mereka disamping anggota MIPSA yang lain berhenti untuk berehat.  Jadual tugasan juga di buat dan di agihkan kepada setiap anggota agar mereka dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pelanggan.


0 KOMEN:

Post a Comment