BERITA MIPSA : MIPSA ON AIR!!

Saturday, April 9, 2011
30 Mac 2011 merupakan tarikh keramat bagi Team Mipsa kerana buat kali pertamanya Team MIPSA mengorak langkah lebih jauh apabila mendapat undangan bersiaran di Terengganu fm. Ini merupakan suatu peluang keemasan buat team MIPSA  terutama UniSZA dalam usaha memperkenalkan program MIPSA dan SUKSIS serta pengisiannya.


            Antara yang terlibat dalam sesi perbualan di radio Terengganu fm  ini adalah Tuan Shahzool Hazimin B. Azizam sebagai pengarah pusat kokurikulum merangkap Ajutan Kor Suksis UniSZA dan ahli pelaksana program MIPSA kali ini, manakala Tn. Shuhaimi B. Jusoh sebagai pegawai penyelaras Kor Suksis UniSZA dan saudara Zhariff Adam B Abd Hamid sebagai wakil delegasi MIPSA.
            Harapan, semoga MIPSA akan lebih di kenali dan mesej pengisian yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh masyarakat Malaysia amnya, dalam usaha mencapai objektif program MIPSA itu sendiri.

0 KOMEN:

Post a Comment