BERITA MIPSA: The Blind Association

Tuesday, September 6, 2011 0 KOMEN
                Pada 25 Mei 2011, Team MIPSA telah melawat ke sebuah sekolah yang menempatkan orang-orang buta. Sekolah tersebut diberi nama “The Blind Association” yang terletak di  Ho Chi Minh City, Vietnam. Di sekolah tersebut, terdapat pelbagai golongan tidak kira muda atau tua.


Setibanya kami di sana, kami telah dirai oleh pihak mereka dengan berbalas persembahan iaitu persembahan dari team MIPSA dan persembahan orang-orang buta di sana. Wakil dari team MIPSA telah menanyikan lagu-lagu tradisonal dan tidak lupa persembahan kompang turut dipersembahkan. Kami juga turut melawat keseluruhan persekitaran sekolah orang-orang buta seperti tempat tinggal,kelas dan sebagainya.

Selain itu juga, team MIPSA telah menghulurkan bantuan makanan kepada sekolah orang- orang buta juga. Antaranya ialah seperti beras,susu dan gula. Lawatan ke sekolah tersebut telah memberi kesedaran yang mendalam terutamanya erti kesyukran dengan nikmat mata yang diberi. Semoga lawatan kali ini dapat memberi kesedaran dan iktibar kepada semua team MIPSA.
           
Baca Lagi >>

BERITA MIPSA : SEKOLAH OKU

Saturday, August 13, 2011 0 KOMEN



            Pada 24 Mei 2011, Team MIPSA meneruskan perjalanan di bandar Ho Chi Minh dengan melawat sebuah sekolah orang kelainan upaya atau lebih dikenali sebagai OKU. Di sekolah tersebut, telah ditempatkan pelbagai jenis golongan OKU ini dan majoritinya adalah disebabkan Syndrome Down. Team MIPSA telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melawat sekitar sekolah tersebut.
            Selain itu,team MIPSA juga telah menghulurkan bantuan makanan kepada sekolah OKU ini juga. Antaranya ialah seperti beras,susu,gula dan sebagainya. Lawatan ke sekolah tersebut telah memberi kesedaran yang mendalam kepada semua team MIPSA dan erti bersyukur kerana dilahirkan menjadi manusia normal serta dapat menjalani kehidupan sebagai manusia normal.

                     
Baca Lagi >>

BERITA MIPSA:'METTING KETUA KOMUNITI ISLAM VIETNAM'

Friday, July 8, 2011 0 KOMEN
           
Pada 23 Mei 2011, team MIPSA telah mengadakan “meeting” bersama ketua-ketua komuniti islam di Vietnam. Perjumpaan tersebut telah di adakan di dobi Hotel Lan Lan di mana team MIPSA telah menyerahkan derma untuk masyarakat islam di Vietnam. Derma tersebut telah di kutip sebelum program ini berlangsung. Jumlah kutipan derma tersebut adalah dalam anggaran RM 3000. Semoga derma yang diberikan dapat manfaat kepada masyarakat islam di Vietnam.
Baca Lagi >>

BERITA MIPSA : 'CU CHI TUNNELS'

Sunday, June 5, 2011 0 KOMEN
bergambar sebelum masuk

pas masuk

daftar masuk
          
  Pada 23 Mei 2011, Team MIPSA telah melawat salah satu tempat peninggalan sejarah masyarakat di Vietnam yang diberi nama Cuchi Tunnel. Lawatan tersebut telah membuka mata team MIPSA bahawa masyarakat Vietnam dahulu telah melalui saat-saat yang menakutkan dan hidup di dalam ketakutan. Antara yang menarik di Cuchi Tunnel ialah tempat persembunyian, perangkap untuk askar-askar musuh dan banyak lagi. Lawatan ini dapat menyedarkan team MIPSA bahawa masyarakat Vietnam telah melalui detik-detik yang memeritkan dan seharusnya bersyukur dengan Malaysia hari ini.





Baca Lagi >>

BERITA MIPSA : SEJARAH PENDERITAAN VIETNAM

Friday, May 27, 2011 0 KOMEN





Pada 22 Mei 2011, satu lawatan ke War Remnant Museum telah dijalankan oleh team MIPSA bermula 2.00 sehingga 4.00 petang bertempat di District 1, Ho Chi Minh City. Muzium tersebut diwujudkan untuk memaparkan kekejaman askar Amerika semasa Perang Vietnam bermula pada tahun 1955 sehingga 1975 terhadap penduduk Vietnam. Turut disertakan gambar kesan – kesan peperangan akibat bom fosforus dan bahan kimia yang digunakan tentera amerika terhadap penduduk di sini. Kesan peperangan tersebut masih dirasai oleh penduduk Vietnam sehingga masa kini.


Baca Lagi >>

BERITA MIPSA : MENYELAMI JIWA PENGHUNI DELTA MEKONG

Wednesday, May 25, 2011 0 KOMEN



Pada 21 Mei 2011, team MIPSA telah mengadakan lawatan ke Delta Mekong untuk menyelami budaya penduduk Vietnam disekitar kawasan tersebut disamping memperkenalkan UniSZA dan Malaysia. Perjalanan dari Lan Lan Hotel 2 ke jeti Delta Mekong mengambil masa kira-kira 1 jam setengah. Di sana, team MIPSA telah didedahkan dengan cara pembuatan ‘coconut candy’ dan ‘honey tea’ yang popular dalam kalangan pelancong-pelancong tempatan dan luar. Team MIPSA turut dibawa bersiar-siar sekitar perkampungan Delta Mekong menggunakan kereta kuda dan perahu supaya dapat merasai dengan lebih dekat suasana kehidupan di sana.



Baca Lagi >>

BERITA MIPSA : KUNJUNGAN HORMAT KE EDUCATION MALAYSIA DAN CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA

0 KOMEN

            Pada 20 Mei 2011, team MIPSA telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia. Dimana pada kunjungan tersebut, team MIPSA telah didedahkan fungsi-fungsi bagi Education Malaysia di Vietnam. Antara fungsinya adalah untuk membantu menguruskan segala pengurusan yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia dan Vietnam.  





Selain itu, team MIPSA turut mengadakan kunjungan hormat ke Consulate General of Malaysia yang terletak di Ho Chi Minh City, Vietnam. Dimana kedutaan Malaysia ini akan membantu rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang masalah di Vietnam. Lawatan tersebut sangat bermakna bagi team MIPSA sendiri kerana pelbagai maklumat serta info telah dapat dikumpul melalui lawatan kunjungan hormat ini.


Baca Lagi >>