MIPSA BISTRO

Monday, April 4, 2011
Bersempena Kejohanan Sukan Suksis  Piala Dato Komandan UniSZA pada 18 dan 19 Mac 2011 yang dianjurkan oleh skuad suksis 2010, team MIPSA telah mengambil alternetif ini untuk menjalankan aktiviti yang dapat mengumpul dana untuk ke Vietnam nanti iaitu dengan membuka gerai yang memberi nama “MIPSA BISTRO”. Gerai “MIPSA BISTRO” telah mula beroperasi seawal jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang pada kedua-dua hari tersebut. Lokasi “MIPSA BISTRO” adalah bertentangan dengan gelanggang tenis dan fustsal dimana lokasi tersebut merupakan lokasi yang strategik kerana berada di antara laluan peserta-peserta Kejohanan Sukan Suksis  Piala Dato Komandan ini.


Sebahagian team MIPSA yang menjaga gerai MIPSA BISTRO



pelanggan yang mengunjung gerai MIPSA BISTRO

Secara keseluruhannya, semua team MIPSA terlibat dalam menguruskan gerai “MIPSA BISTRO” ini iaitu seramai 30 orang telah menjadikan “MIPSA BISTRO” berjaya diuruskan dengan begitu mudah dan teratur. Tidak dilupakan kepada anggota Kor-Suksis yang turut menghulurkan tangan dalam melancarkan proses penjualan pada dua hari berturut-turut. Antara produk yang dijual adalah sate ikan spirit, ais krim stamina pelbagai rasa, roti ais krim kejora, rojak buah speed dan minuman berkarbinat termasuk float. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutuan dan mampu dimiliki oleh para pengunjung.
Secara amnya,” MIPSA BISTRO” ini tidak akan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan daripada pelbagai pihak. Antaranya pihak Kor-Suksis UniSZA sendiri telah banyak membantu team MIPSA dengan memberi modal awal bagi mewujudakan “MIPSA BISTRO”. Selain itu, pihak pengurusan UniSZA  sendiri khususnya Pusat Kokurikulum, Pengusaha sate ikan dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menjayakan gerai “MIPSA BISTRO”.
Dengan kewujudan gerai “MIPSA BISTRO” ini,ianya dapat memupuk semangat kerjasama dan keserasian dalam kalangan ahlinya. Di samping itu, “MIPSA BISTRO” turut mampu menjana pendapatan buat team MIPSA selain melahirkan kemahiran bagi team MIPSA mengenai selok belok menguruskan perniagaan secara sistematik dan teratur.

1 KOMEN:

aini at: April 7, 2011 at 11:34 PM said...

ALHAMDULILLAH keadaan cuaca pada 2 hari swktu MIPSA BISTRO dibuka tidak mghalang pelanggan yg tdiri dari pelajar UniSZA ini mengunjungi gerai kami..happy & walaupn penat tapi team kami tdk boleh lari dari slogan "customers is always right"..apa2pn trima ksih pd team mipsa & anggota suksis yg turut tlibat dispjg gerai ini dibuka..& pada yg melariskan jualan wlupn scra sukarela dgn niat mbntu atau kna pksa atas dasar kwn..he3..tq..tq..tq

Post a Comment